Sunday 29 May 2011

PENAT...TERASA PENAT...SUNGGUH MEMENATKAN

P.E.N.A.T...
Itulah yang mengambarkan hati penulis ketika ini.
Rasa resah gelisah, gundah gulana menjadi satu.
Banyak perkara yang perlu di fikirkan.
Banyak juga masalah yang belum di selesaikan.

Jika di tanyakan pada hati, tentu sahaja hati tidak bisa menjawab.

Argh...
Apa ada dengan hati?
Sedangkan kadangkala,
Diri sendiri pun tidak dapat menafsir apa yang ada di dalam hati.
Keadaan inilah yang tidak mengembirakan hati apabila ianya di alami.

Tetapi,
Sungguh...
Hati kata penat.

Thursday 26 May 2011

3 MINGGU BLOG INI DI TINGGALKAN

Hampir 3 minggu blog ini di tinggalkan oleh penulis.
Bukan apa, tetapi masa yang agak terhad sekitar minggu-minggu yang sudah ini membataskan penulis untuk menulis entri yang baru.
Alhamdullillah, penulisan cerpen pertama yang di tulis oleh penulis telah berjaya di siapkan.
Tanggal hari semalam, iaitu 25hb, penulis telah pun mencetak hasil karya tersebut dan menghantarkannya terus kepada PM Dr. Misran Rokimin untuk di nilai.
Bagi pandangan peribadi penulis sendiri, pengalaman menulis cerpen tersebut merupakan suatu pengalaman yang menarik yang tidak kesemua manusia mampu miliki peluang tersebut.
Benar, jika penulis tidak mendaftar masuk untuk kursus subjek penulisan kreatif ini, belum tentu juga penulis berkesempatan untuk menghasilkan sebarang cerpen dan melibatkan diri di dalam bidang penulisan kreatif ini.

Sunday 15 May 2011

LIRIK LAGU TERCIPTA UNTUKKU

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang menyakiniku
Kau tercipta untukku 


Meski waktu akan selalu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Kau selalu milikku
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku


Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

ohhhh...
Ooohhhhhh..




Lagu Tercipta Untukku ini merupakan nyanyian yang dipersembahkan oleh penyanyi berkumpulan dari negara seberang Indonesia iaitu band Ungu. Sememangnya bait-bait lirik lagu ini amat menyentuh jiwa.Dengan nada alunannya membuatkan kita pasti mengusik kalbu lebih-lebih lagi jika ada di antara kita telah kehilangan mereka yang disayangi. Dalam video klipnya juga ia pun menceritakan tentang bagaimana sedihnya kehilangan seseorang yang mana kita mencuba berusaha menyelamatkannya.

Menerusi pengamatan peribadi, karya ini menceritakan tentang perasaan abadi seorang lelaki yang begitu mengasihi seorang wanita yang mungkin begitu istimewa di hatinya. Si lelaki sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan wanita yang di kasihi berada dalam keadaan yang baik dan selamat. 

Apabila bercakap mengenai hati..tiada siapa yang dapat menyangkal akan kehendak hati sendiri. Percayalah, dalam setiap diri manusia, cuma hati yang mengerti apa yang kita inginkan. Kerana itulah, perasan sayang, kasih malah benci bermula dari hati kita sendiri.

Ia tidak boleh dipaksa dan dimengerti oleh mata kasar tetapi hanya terjawab melalui mata hati.
Semoga, penulis juga dapat menafsir hati sendiri dengan penuh bijaksana agar memperoleh kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
Amin...H.K<3

Saturday 14 May 2011

PENULISAN KREATIF

Penghasilan laman blog ini adalah bagi melengkapkan lagi penilaian bagi kursus Penulisan Kreatif(SKMM 2023). Kaedah ini merupakan antara usaha yang baik dalam membentuk sikap dan mendidik diri dalam menceburkan diri dalam bidang penulisan berbentuk ilmiah, bidang penulisan kreatif seperti puisi dan cerpen.
Semoga suatu hari nanti, bidang penulisan kreatif ini semakin mendapat tempat oleh orang ramai.