Thursday 26 May 2011

3 MINGGU BLOG INI DI TINGGALKAN

Hampir 3 minggu blog ini di tinggalkan oleh penulis.
Bukan apa, tetapi masa yang agak terhad sekitar minggu-minggu yang sudah ini membataskan penulis untuk menulis entri yang baru.
Alhamdullillah, penulisan cerpen pertama yang di tulis oleh penulis telah berjaya di siapkan.
Tanggal hari semalam, iaitu 25hb, penulis telah pun mencetak hasil karya tersebut dan menghantarkannya terus kepada PM Dr. Misran Rokimin untuk di nilai.
Bagi pandangan peribadi penulis sendiri, pengalaman menulis cerpen tersebut merupakan suatu pengalaman yang menarik yang tidak kesemua manusia mampu miliki peluang tersebut.
Benar, jika penulis tidak mendaftar masuk untuk kursus subjek penulisan kreatif ini, belum tentu juga penulis berkesempatan untuk menghasilkan sebarang cerpen dan melibatkan diri di dalam bidang penulisan kreatif ini.

1 comment:

  1. sangat bersyukur kerana mempunyai peluang untuk menulis cerpen..

    ReplyDelete