Wednesday 15 June 2011

kebahagiaan dalam perpisahan

bertemu dan berpisah..LUMRAH.
apabila bertemu..
kemudian berpisah..
PASTI.

andai suatu hari nanti kita berpisah..
kirimkan doa kepada saya..andai tiada lagi di dunia ini
kirimkan saya berita ...andai saya masih ada

di samping pertemuan itu..
kita memulakan perkenalan..
melalui perkenalan..
kita mencipta kenangan..
melalui kenangan..
timbullah pengalaman..


SEMUANYA BERMAKSUD 
dan diri ini berterima kasih untuk itu..

kita bermula dengan erti persahabatan..
melalui persahabatan..
diri ini mengenali siapa kawan, teman dan sahabat..
menjalani kehidupan yang gembira bersama..
gelak, tawa, senda dan gurauan suka duka..

kita ikhlas kan masa tu?
saya ikhlas semestinya..

tetapi..semakin kita rapat..
semakin ketara sifat sebenar kita..


tetapi kita tidak sedar..
sifat itu yang menjadi punca persahabatan kita
KIAN
jauh..rapuh..retak..
JURANG PERSAHABATAN KITA TERCIPTA
( mungkin semakin ketara )

andai kita bersama 
tetapi..
awak membenci..
lebih bahagia kita berpisah..

andai kita berteman..
tetapi..
awak mengkhianati..
lebih baik kita berpisah..

andai kita bersahabat..
tetapi..
awak tidak menghormati
lebih baik kita berpisah..

mungkin itu akan membuatkan kita lebih bahagia..

di doakan.. 
dan 
sangat berTERIMA KASIH..
tetapi..
sungguh tidak sangka..

kawan menjadi lawan
suka menjadi duka
dan kenangan menjadi pengalaman..

dan sesungguhnya...

PENGALAMAN ITU MEMBERIKAN SAYA PENGAJARAN.











HATI..TIADA SIAPA YANG TAHU

..HATI..
hanya diri kita sahaja yang mengetahui apa yang ada di dalamnya..
luaran mungkin nampak indah..
nampak manis..
nampak cukup sifat yang menyenangkan..
tetapi tidak semestinya apa yang kita zahirkan melalui fizikal itu adalah lahir dari hati kita..
ikhlas kah kita?
dengan sandiwara yang kita lakonkan sendiri?

mungkin..
kita merasakan ia ikhlas..
tetapi..
apabila menyelam ke dalam hati yang paling dalam..
jawapanya
mungkin sahaja tidak..

gembira itu..tidak semestinya dari HATI
pujian itu juga tidak semestinya dari HATI
gurauan itu juga bukan mungkin dari HATI
kerana segalanya wujud unsur hipokrasi di dalam diri..

SEDARKAH KITA?

sukar untuk kita ketahui dan memahami HATI..
kita juga tidak mengetahui HATI manusia yang lainnya..
kerana mereka juga manusia yang sama seperti kita..

Monday 13 June 2011

TINGGAL SISA-SISA PERASAAN

Antara kawan dan lawan.
Antara yang menyokong dan menentang.

Orang tua-tua pernah berkata,
Bila jauh di hidu wangi
Dan bila dekat di pandang sepi.

Tetapi berlainan pula dengan yang INI

Bila menjauh,,,
Segala kata nista mahupun keburukan yang di selongkari

hahahhahahaha
Apabila syaitan mula menghasut

Tidak mengapalah
Bila hati memujuk

Tuhan ada untuk buktikan pada suatu hari nanti.
AMIN.

Thursday 9 June 2011

AKU, DIA DAN MEREKA

Antara aku, dia dan mereka...
Siapakah?

Antara aku, dia dan mereka...
Akrabkah?

Aku..
untuk diri sendiri..
Dia..buat kekasih pujaan hati..
Dan mereka adalah...
Kedua ibu dan bapa, para keluarga dan sahabat-sahabat yang mencinta.

Maha suci tuhan yang menciptakan langit dan bumi.
Kami bernaung di bawah keesaanMU dan rahmat dariMU.
Di panjatkan rasa penuh syukur...
Kerana memberikan kurniaan yang tak terhingga.
Kegembiraan yang sungguh bermakna.
Alhamdullillah.

Tuesday 7 June 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA


kadangkala, manusia tidak sedar sebarang apa yang di ungkapkan mempunyai kesan
kadangkala, apa yang di ungkapkan di luar skala sedar
punya tanggapan yang berbeza di kalangan manusia.

kita sesama MANUSIA


tidak pernah puas..
tidak pernah cukup..


ya tuhan..
amat sukar untuk memuaskan hati manusia 
dan sungguh
kadangkala ia mengecewakan
sedangkan kita, sebagai manusia tidak lari dari melakukannya.

tapi..
mampukah kita mengawal 
apa yang kita suratkan melalui apa yang kita siratkan
sedangkan kadang kala tiap titik yang kita pamerkan..
memperlihatkan diri kita sendiri
membuka lebih luas tentang kelemahan diri

lalu

membenarkan para mata
mentafsir
berfikir
menilai

dan 

mengadili.

melihat kembali kepada kelemahan diri
layakkah kita untuk mengadili?
layakkah kita memperli, mengkhianati dan meragui?
..sedangkan..
cukupkah nilai-nilai indah ada dalam diri kita sendiri
jika YA 
kita tidak akan mampu melihat dengan mata
menyatakan dengan mulut
mengakui dengan hati

setiap kelemahan dan kesilapan manusia..
yang sah..mereka juga sama disisi penciptaNYA!!




Sunday 5 June 2011

Fikirkan Boleh 

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


Semenjak kecil, penulis sangat terdedah dengan bait-bait lagu ini
Liriknya penuh bermakna,
Seakan sumber untuk memberikan semangat kepada sesiapa yang mendengar...


Bercakap megenai semangat,
Ia adalah sesuatu yang dituntut dalam menjalani kehidupan seharian ini.
Lantas penulis tersenyum.


Senyum penuh makna,
Membayangkan diri bersemangat untuk melangkah ke depan


Semoga,
Gangguan dari anasir-anasir luar
Hati-hati yang penuh dengan sifat bertentangan
Tidak akan mudah untuk mematahkan semangat yang ada  ini
Insyallah...