Tuesday 7 June 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA


kadangkala, manusia tidak sedar sebarang apa yang di ungkapkan mempunyai kesan
kadangkala, apa yang di ungkapkan di luar skala sedar
punya tanggapan yang berbeza di kalangan manusia.

kita sesama MANUSIA


tidak pernah puas..
tidak pernah cukup..


ya tuhan..
amat sukar untuk memuaskan hati manusia 
dan sungguh
kadangkala ia mengecewakan
sedangkan kita, sebagai manusia tidak lari dari melakukannya.

tapi..
mampukah kita mengawal 
apa yang kita suratkan melalui apa yang kita siratkan
sedangkan kadang kala tiap titik yang kita pamerkan..
memperlihatkan diri kita sendiri
membuka lebih luas tentang kelemahan diri

lalu

membenarkan para mata
mentafsir
berfikir
menilai

dan 

mengadili.

melihat kembali kepada kelemahan diri
layakkah kita untuk mengadili?
layakkah kita memperli, mengkhianati dan meragui?
..sedangkan..
cukupkah nilai-nilai indah ada dalam diri kita sendiri
jika YA 
kita tidak akan mampu melihat dengan mata
menyatakan dengan mulut
mengakui dengan hati

setiap kelemahan dan kesilapan manusia..
yang sah..mereka juga sama disisi penciptaNYA!!




No comments:

Post a Comment