Wednesday 15 June 2011

HATI..TIADA SIAPA YANG TAHU

..HATI..
hanya diri kita sahaja yang mengetahui apa yang ada di dalamnya..
luaran mungkin nampak indah..
nampak manis..
nampak cukup sifat yang menyenangkan..
tetapi tidak semestinya apa yang kita zahirkan melalui fizikal itu adalah lahir dari hati kita..
ikhlas kah kita?
dengan sandiwara yang kita lakonkan sendiri?

mungkin..
kita merasakan ia ikhlas..
tetapi..
apabila menyelam ke dalam hati yang paling dalam..
jawapanya
mungkin sahaja tidak..

gembira itu..tidak semestinya dari HATI
pujian itu juga tidak semestinya dari HATI
gurauan itu juga bukan mungkin dari HATI
kerana segalanya wujud unsur hipokrasi di dalam diri..

SEDARKAH KITA?

sukar untuk kita ketahui dan memahami HATI..
kita juga tidak mengetahui HATI manusia yang lainnya..
kerana mereka juga manusia yang sama seperti kita..

No comments:

Post a Comment